Saluran-saluran kegemaran
anda menanti.

Siaran digital percuma untuk anda

Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

Cara menetapkan dekoder MYTV

Ketahui lebih lanjut

FAQ / Soalan-Soalan Lazim

Adakah saya perlukan set TV baharu untuk menerima siaran digital myFreeview?

• Set TV lama sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder menggunakan kabel AV/HDMI.

• TV digital baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television), boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder.

Apakah kelebihan siaran digital myFreeview?

• Imej lebih tajam dan jelas dengan resolusi lebih tinggi.

• Bunyi yang berkualiti tinggi.

• Percuma - tanpa bayaran bulanan.

• Perkhidmatan TV interaktif seperti membeli-belah dari rumah dan video atas permintaan boleh didapati melalui sambungan internet pada masa akan datang.

• Penambahan perkhidmatan dan saluran TV pada masa akan datang.

• Kelebihan merakam program pada masa akan datang.

Adakah saya boleh menerima siaran digital myFreeview sekiranya saya tinggal di kondo/pangsapuri?

Perkhidmatan myFreeview boleh diterima apabila aerial dalaman/aerial luaran UHF disambungkan kepada IDTV ataupun TV sedia ada yang disambungkan dengan dekoder DVB-T2. Pihak pengurusan kondo/pangsapuri juga boleh memasang Sistem TV Antena Utama (MATV - Master Antenna TV System) untuk menerima siaran digital myFreeview.

Apakah perbezaan menonton melalui Astro dan HyppTV?

Anda boleh menikmati saluran TV dan radio popular di Malaysia secara percuma tanpa sebarang yuran langganan untuk perkhidmatan myFreeview. Ia juga merupakan satu pilihan terbaik sekiranya anda tidak mahu terikat dengan pakej langganan. Walaubagaimanapun program yang sedia ada tidak sebanyak berbanding perkhidmatan TV berbayar seperti Astro dan HyppTV. myFreeview akan menambah lebih banyak program pada masa hadapan.

Bolehkah saya menggunakan dekoder DVB-T2 dan dekoder ASTRO pada TV yang sama?

Boleh, asalkan TV anda mempunyai terminal masuk AV/HDMI yang mencukupi untuk kedua-dua dekoder.

Berapakah kos bagi perkhidmatan siaran digital myFreeview?

Siaran digital myFreeview adalah PERCUMA dan tanpa sebarang kos tersembunyi yang lain. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk membeli IDTV baru atau dekoder DVB-T2 dan membayar yuran pemasangan sekiranya anda perlukan bantuan pemasangan aerial luaran UHF atau perkhidmatan penyelenggaraan.