Liputan

Perkhidmatan penyiaran terrestrial digital (DTT) kini sedang disiarkan ke seluruh negara melalui 34 menara pemancar yang meliputi kira-kira 93% populasi penduduk Malaysia. Ketahui jika kawasan anda terletak di dalam liputan DTT dalam jadual berikut.

Kelantan
Machang, Tanah Merah, Pasir Putih, Melor, Bachok, Pasir Mas, Kuala Krai, Ketereh.
Terengganu
Besut, Kuala Terengganu, Gong Badak, Batu Rakit, Chalok, Geliga (Chukai), Merang, Bukit Payong, Kedai Buluh, Marang, Kelulut, Ajil, Kuala Berang.
Pahang
Kuantan, Balok, Gebeng, Cherating, Bukit Goh, Sungai Pancing, Gambang, Pekan, Bentong, Karak, Mentakab, Temerloh, Triang, Chenor, Kuala Krau, Jengka.
Sabah
Kuala Penyu, Membakut, Papar, Kinarut, Penampang, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Likas, Inanam, Sepangar, Karambunai, Tamparuli, Tuaran, Sulaman, Kota Belud (sebahagian), Tawau, Tanjung Batu Laut, Pulau Sebatik, Andrassy, Pulau Kaniogan, Sepilok, Kota Kinabatangan, Sentosa, Batu Putih, Sandakan.
Kedah
Gurun, Kota Sarang Semut, Pendang, Kuala Kedah, Alor Setar, Kepala Batas, Jitra, Jeniang, Sik, Bedong, Yan, Merbok, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kota Kuala Muda, Kuala Ketil, Padang Serai, Kulim.
Perlis
Sebahagian Negeri Perlis.
Pulau Pinang
Penaga, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Butterworth, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Prai, Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Pulau Tikus, Tanjung Tokong, Tanjung Bungah.
Perak
Manjung, Lekir, Teluk Intan, Bagan Datoh, Hutan Melintang, Sabak Bernam, Langkap, Kampong Gajah, Bidor, Tapah, Kampar, Gopeng, Batu Gajah, Tanjung Tualang, Parit, Lambor, Tronoh, Seri Iskandar, Bota, Tanjung Malim, Slim River, Sungkai, Bidor, Hutan Melintang, Taiping, Kuala Kangsar, Larut, Matang, Kerian, Ulu Perak, Pulau Pangkor, Lumut, Sitiawan.
Johor
Ayer Hitam, Parit Raja, Seri Gading, Simpang Renggam, Senggarang, Rengit, Benut, Layang-layang, Bandar Tenggara, Gugusan Taib Andak, Kota Tinggi, Ulu Tiram, Kulai, Senai, Pekan Nanas, Pontian, Kukup, Skudai, Gelang Patah Nusajaya, Tanjung Kupang, Johor Bahru, Seri Alam, Masai, Pasir Gudang.
Negeri Sembilan
Nilai, Labu, Mantin, Lenggeng, Seremban (sebahagian), Senawang (sebahagian).
Sarawak
Sematan, Lundu, Bau, Siburan, Kota Sentosa, Kota Samarahan, Kuching, Santubong, Rampangi, Petra Jaya, Asajaya, Sebangan, Sarekei, Bintangor, Bayong, Miri, Marudi, Bekenu, Lutong, Beluru, Karap, Selangau, Dalat, Mukah, Balingian, Oya, Belaga, Niah, Nanga Salu, Pangkalan Lobang, Sri Aman, Betong, Engkelili, Pusa, Debak, Sebayau, Lingga, Spaoh, Limbang, Sundar, Lumapas, Piasau Piasau, Bintulu, Tg. Kidurong, Sebauh.
Selangor
Gombak, Rawang, Batu Arang, Bestari Jaya, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Jeram, Puncak Alam, Kelang, Sungai Buloh, Subang, Shah Alam, Petaling Jaya, Kajang, Hulu Langat, Semenyih, Beranang, Serdang, Bangi, Puchong, Cyberjaya, Dengkil, Sepang, Sungai Pelek, Banting, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Kuala Kubu Baru.
Kuala Lumpur
Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Putrajaya
Seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya.

FAQ / Soalan-Soalan Lazim

Adakah saya perlukan set TV baharu untuk menerima siaran digital myFreeview?

• Set TV lama sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder menggunakan kabel AV/HDMI.

• TV digital baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television), boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder.

Apakah kelebihan siaran digital myFreeview?

• Imej lebih tajam dan jelas dengan resolusi lebih tinggi.

• Bunyi yang berkualiti tinggi.

• Percuma - tanpa bayaran bulanan.

• Perkhidmatan TV interaktif seperti membeli-belah dari rumah dan video atas permintaan boleh didapati melalui sambungan internet pada masa akan datang.

• Penambahan perkhidmatan dan saluran TV pada masa akan datang.

• Kelebihan merakam program pada masa akan datang.

Adakah saya boleh menerima siaran digital myFreeview sekiranya saya tinggal di kondo/pangsapuri?

Perkhidmatan myFreeview boleh diterima apabila aerial dalaman/aerial luaran UHF disambungkan kepada IDTV ataupun TV sedia ada yang disambungkan dengan dekoder DVB-T2. Pihak pengurusan kondo/pangsapuri juga boleh memasang Sistem TV Antena Utama (MATV - Master Antenna TV System) untuk menerima siaran digital myFreeview.

Apakah perbezaan menonton melalui Astro dan HyppTV?

Anda boleh menikmati saluran TV dan radio popular di Malaysia secara percuma tanpa sebarang yuran langganan untuk perkhidmatan myFreeview. Ia juga merupakan satu pilihan terbaik sekiranya anda tidak mahu terikat dengan pakej langganan. Walaubagaimanapun program yang sedia ada tidak sebanyak berbanding perkhidmatan TV berbayar seperti Astro dan HyppTV. myFreeview akan menambah lebih banyak program pada masa hadapan.

Bolehkah saya menggunakan dekoder DVB-T2 dan dekoder ASTRO pada TV yang sama?

Boleh, asalkan TV anda mempunyai terminal masuk AV/HDMI yang mencukupi untuk kedua-dua dekoder.

Berapakah kos bagi perkhidmatan siaran digital myFreeview?

Siaran digital myFreeview adalah PERCUMA dan tanpa sebarang kos tersembunyi yang lain. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk membeli IDTV baru atau dekoder DVB-T2 dan membayar yuran pemasangan sekiranya anda perlukan bantuan pemasangan aerial luaran UHF atau perkhidmatan penyelenggaraan.