Videos

In this 5-episode infographic series, we show you what myFreeview is all about. Find out what its benefits are, what you need to obtain it, how to set it up, and more information about myFreeview and digital television broadcasting.

Video 1

The nation's broadcast system is shifting to myFreeview digital broadcast.

Video 2

What are the benefits of myFreeview digital broadcast to me?

Video 3

Getting myFreeview digital broadcast via IDTV.

Video 4

Identifying a genuine DVB-T2 decoder.

Video

Dalam siri infografik sepanjang 5 episod ini, anda akan mengetahui semuanya tentang my Freeview. Ketahui kelebihannya, apa yang diperlukan untuk mendapatkannya, cara-cara menetapkan dan banyak lagi maklumat berkenaan myFreeview dan penyiaran televisyen digital.

Video 1

Sistem siaran kebangsaan sedang beralih kepada siaran digital myFreeview.

Video 2

Apakah manfaat siaran digital myFreeview untuk saya?

Video 3

Mendapatkan siaran digital myFreeview melalui TV berciri IDTV.

Video 4

Mengenalpasti dekoder DVB-T2 yang asli.

Video

透过5集资讯短片,您将更进一步了解myFreeview。您可从中获悉其好处, 服务接收方式,设置方式及更多有关myFreeview和数码电视广播的资料。

Video 1

国家广播系统正提升至myFreeview数码广播。

Video 2

myFreeview数码广播将为我带来什么好处?

Video 3

透过综合数码电视IDTV接收myFreeview数码广播。

Video 4

识别一个正版的DVB-T2解码器。

FAQ / Soalan-Soalan Lazim

Adakah saya perlukan set TV baharu untuk menerima siaran digital myFreeview?

• Set TV lama sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder menggunakan kabel AV/HDMI.

• TV digital baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television), boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder.

Apakah kelebihan siaran digital myFreeview?

• Imej lebih tajam dan jelas dengan resolusi lebih tinggi.

• Bunyi yang berkualiti tinggi.

• Percuma - tanpa bayaran bulanan.

• Perkhidmatan TV interaktif seperti membeli-belah dari rumah dan video atas permintaan boleh didapati melalui sambungan internet pada masa akan datang.

• Penambahan perkhidmatan dan saluran TV pada masa akan datang.

• Kelebihan merakam program pada masa akan datang.

Adakah saya boleh menerima siaran digital myFreeview sekiranya saya tinggal di kondo/pangsapuri?

Perkhidmatan myFreeview boleh diterima apabila aerial dalaman/aerial luaran UHF disambungkan kepada IDTV ataupun TV sedia ada yang disambungkan dengan dekoder DVB-T2. Pihak pengurusan kondo/pangsapuri juga boleh memasang Sistem TV Antena Utama (MATV - Master Antenna TV System) untuk menerima siaran digital myFreeview.

Apakah perbezaan menonton melalui Astro dan HyppTV?

Anda boleh menikmati saluran TV dan radio popular di Malaysia secara percuma tanpa sebarang yuran langganan untuk perkhidmatan myFreeview. Ia juga merupakan satu pilihan terbaik sekiranya anda tidak mahu terikat dengan pakej langganan. Walaubagaimanapun program yang sedia ada tidak sebanyak berbanding perkhidmatan TV berbayar seperti Astro dan HyppTV. myFreeview akan menambah lebih banyak program pada masa hadapan.

Bolehkah saya menggunakan dekoder DVB-T2 dan dekoder ASTRO pada TV yang sama?

Boleh, asalkan TV anda mempunyai terminal masuk AV/HDMI yang mencukupi untuk kedua-dua dekoder.

Berapakah kos bagi perkhidmatan siaran digital myFreeview?

Siaran digital myFreeview adalah PERCUMA dan tanpa sebarang kos tersembunyi yang lain. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk membeli IDTV baru atau dekoder DVB-T2 dan membayar yuran pemasangan sekiranya anda perlukan bantuan pemasangan aerial luaran UHF atau perkhidmatan penyelenggaraan.